Pedagogi ialah
kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan
formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara
mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran
yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu
bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah
dan juga interaksi guru-pelajar.
Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos,
hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari
sekolah. Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan
sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi
(mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.
Pedagogi
moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni
apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom,
pengajaran boleh terbahagi kepada:
- Bidang Kognitif
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. - Bidang Afektif
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri. - Bidang Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.
Ketiga-tiga
bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan
pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini
selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar
seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang
pencil (bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya (bidang kognitif);
dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis (bidang afektif).
0 komentar:
Posting Komentar